Pengangkutan awam kembali ‘bernafas’ - Utusan Malaysia

Pengangkutan awam kembali ‘bernafas’

Orang ramai menolak troli berisi beg menuju ke terminal untuk menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di Sungai Besi semalam. - MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula sempadan negara sejurus lebih 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi memberikan kelegaan kepada semua pihak termasuk industri pe­ngangkutan awam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya optimis untuk melihat sektor pe­ngang­kutan awam kembali pu­­lih apa­bila semakin ramai menggunakan perkhidmatan ber­kenaan sama ada bagi tujuan rentas negeri mahupun ke luar negara.“Kementerian Pengangkutan optimis sektor pengangkutan awam kembali pulih,” katanya di sini semalam.
Pada masa sama, beliau menggalakkan penumpang membuat ujian saringan Co­vid-19 kendiri sebelum menggunakan mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.

Namun, katanya, keperluan itu tidak wajib atau akan dikenakan kompaun dan apa jua penguatkuasaan.
“Pokok pangkalnya, setiap Keluarga Malaysia perlu bersama memainkan tanggungjawab dengan melindungi diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling,” katanya.

Sementara itu, dalam kenya­taan berasingan, Ka Siong berkata, semua operator pe­ngangkutan awam bagi ke­semua sektor darat, udara dan maritim seperti pengusaha bas ekspres, rel, teksi, e-hailing, syarikat penerbangan, pengusaha feri dan kapal perlu memastikan setiap penumpang atau pengguna perkhidmatan pengangkutan awam menun­jukkan sijil vaksinasi bagi mem­buktikan mereka lengkap divaksinasi sebagaimana dikehendaki dalam SOP bagi tujuan rentas negeri.

Menurut beliau, pematuhan-pematuhan SOP lain se­perti memakai pelitup separuh muka dan kerap mencuci ta­ngan atau menggunakan cecair pembasmi kuman juga perlu dipatuhi tanpa kompromi bagi memastikan tidak akan berlaku penularan wabak tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×