KUALA LUMPUR : UMNO belum membuat keputusan sama ada ingin bertanding solo atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada 14 Oktober ini.
“Sebagaimana yang disebut Timbalan Presiden, kita belum buat keputusan muktamad mengenai perkara itu.
“Pada hari Khamis malam Jumaat 14 Oktober akan diadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, seminggu dari sekarang. Saya rasa tentunya akan dibincang, itu mesyuarat bulanan yang dipercepatkan. Selalunya mesyuarat MKT ini hujung bulan.
“Tapi kali ini dibuat di pertengahan bulan untuk kita memuktamadkan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. -UTUSAN ONLINE











