KITA sering mendengar istilah rule of thirds iaitu satu teknik asas yang cukup popular dalam fotografi.
Bagaimana pula dengan prinsip rule of odds? Pernahkah anda mendengar istilah rule of odds ini? Jika belum, saya ingin menjelaskan tentang teknik rule of odds atau jika diterjemahkan ke bahasa Melayu – aturan ganjil.
Ia adalah aturan komposisi memaparkan jumlah objek dalam foto mengikut kiraan ganjil. Salah satu kelebihan komposisi ganjil adalah ia memiliki satu pusat yang menjadikan mata terus tertuju dan fokus pada titik tersebut.

Kecenderungan komposisi adalah dalam memilih keseimbangan dengan kelompokan tiga, lima atau tujuh objek. Pada kebiasaan dua atau empat objek genap, biasanya menciptakan sensasi persaingan yang mana kelompok ganjil cenderung kepada menseimbangkan keadaan.
Objek dengan jumlah ganjil dalam gambar, menjadikan foto lebih dinamik dan menarik. Objek dengan jumlah genap pula akan membuatkan otak kita cenderung menjadikan subjek berpasangan tetapi objek dengan jumlah ganjil pula membentuk satu pandangan untuk lebih diperhatikan.
Aturan ganjil ini boleh diterapkan pada fotografi dalam jumlah objek bilangan ganjil.
Melalui teknik komposisi ini kebiasaannya digunakan dengan jumlah objek sedikit. Contohnya tiga, lima atau tujuh tetapi kalau sudah lebih daripada tujuh, kesannya terlihat seperti sekelompok objek yang banyak.

Oleh itu, kita sudah tidak dapat menonjolkan elemen-elemen tersebut secara individual.
Inilah kekuatan rule of odds dalam fotografi iaitu objek ganjil memiliki daya tarikan lebih tinggi berbanding objek genap.










