Pelajar UKM Juara The 3M Inspire Challenge - Utusan Malaysia

Pelajar UKM Juara The 3M Inspire Challenge

Sebahagian peserta bergambar pada The 3M Inspire Challenge berlangsung baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Too Good Duo, kumpulan dua pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghampakan 121 kumpulan lain termasuk dari Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam apabila muncul Juara Serantau The 3M Inspire Challenge.

Kemenangan itu melayakkan kumpulan dianggotai Mohd. Fahad Saleem dan Nur Liyana Syasya Mohd. Zamuri, membawa pulang wang tunai RM12,000 dan peluang menjalani latihan industri di syarikat sains bertaraf global, 3M.

Mohd. Fahad Saleem berkata, mereka mengkonsepsikan Smart Bandages iaitu idea Pelekat Luka Pintar yang mampu memantau proses penyembuhan luka secara berperingkat.

Ia berupaya menambah baik dan memantau proses penyembuhan luka dengan mengubah suai Nexcare Waterproof Bandages menggunakan komposit nano hijau.

“Ia berupaya membekalkan kondisi optimum untuk kulit dan tisu menyembuh agar pengguna dapat menjalani hidup mereka seperti biasa tanpa merisaukan tentang luka mereka,” katanya.

Mohd. Fahad dan Nur Liyana adalah penuntut Sarjana Muda Sains Bahan.

Mohd. Fahad berkata, inovasi diinspirasikan daripada pelekat luka itu kerana ia adalah salah satu barang utama di simpan dalam setiap rumah.

The 3M Inspire Challenge berlangsung pada 23 September lalu, anjuran 3M.

Ia adalah cabaran kes peringkat serantau berlandaskan tema ‘Teknologi, Kelestarian dan Inovasi’.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, 3M Asia Tenggara merangkap Ketua 3M Singapura, Kevin McGuigan bangga melihat kreativiti dan semangat ditonjolkan setiap kumpulan.

“Meskipun pertandingan selesai, saya berharap sifat ingin tahu dan semangat inovasi dalam kalangan peserta serta penonton akan terus subur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×