Dilraba Dilmurat pelakon wanita tercantik Asia - Utusan Malaysia

Dilraba Dilmurat pelakon wanita tercantik Asia

Dilraba Dilmurat mula berjinak-jinak dengan dunia perfileman pada 2015.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DILRABA DILMURAT pernah digelar sebagai wanita tercantik Asia dek kerana rupa parasnya yang anggun sehingga memukau mata jutaan lelaki yang melihatnya.

Pelakon wanita berdarah campuran China dan Uighur ini dilahirkan di Urumqi, Xinjiang pada 3 Jun 1992.

Uighur adalah antara suku kaum minoriti di China yang memiliki persamaan hampir serupa seperti bangsa Turki dari segi fizikal dan kebudayaan.

Sebab itu, raut wajahnya seperti western look, sekali pandang seperti wanita kacukan Asia dan Barat.

Sebut sahaja Uighur, satu dunia sudah mengetahui bagaimana layanan China terhadap etnik beragama Islam itu.

Berpuluh dekad mereka ditindas, diseksa dan dizalimi, malah tahanan perempuan yang dipenjarakan menjadi mangsa rogol tentera China.

China juga dilaporkan membina rangkaian penjara rahsia baharu di kawasan pergunungan di sebuah wilayah di negara ini yang mampu mengurung lebih sejuta etnik Uighur.

Wilayah Xinjiang yang bersempadan dengan Pakistan dan Afghanistan sudah puluhan tahun dicengkam oleh kekejaman Kerajaan China menggunakan pelbagai tipu helah.

Tujuannya agar dunia dan negara Islam luar tidak sedar ‘kekejaman’ yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Etnik Uighur majoritinya adalah kumpulan minoriti Turki Islam dengan populasi mencecah 11 juta di Xinjiang yang terletak di barat laut China.

Namun, tidak ramai yang mengetahui asal usul pelakon terkenal berusia 29 tahun ini.

Filem Pretty Li Hui Zhen lakonan Dilraba mencatat 7 bilion tontotan dalam talian.

Sememangnya sudah diketahui kebanyakan keturunan Uighur sudah pasti beragama Islam.

Namun, pelakon tersebut memilih menutup mengenai agama yang dianutinya sehingga kehidupan semasa kecil.

Sebab itu, berita mengenai keluarga, adik-beradik dan zaman persekolahan tidak diketahui sehingga sekarang.

Dilraba tidak mahu membahaskan soal agamanya kerana menganggap itu adalah privasinya yang perlu dihormati semua pihak.

Penyokong setianya masih menyakini wanita itu beragama Islam dan menempatkan Dilraba sebaris dengan artis berasal dari China yang menganut agama yang sama.

Namun, Dilraba tidak pernah mengesah atau membantah kenyataan tersebut dan masih menjadi misteri hingga kini.

PELAKON POPULAR

Dilraba yang mempunyai ketinggian 170 sentimeter (cm) dan berat 47 kilogram adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Shanghai Theatre Academy.

Sebagai selebriti, dia sangat aktif dalam media sosial seperti di Instagram, Facebook dan Twitter.

Dilraba adalah antara pelakon wanita yang melonjak naik dengan cepat di China dan muncul dalam pelbagai drama yang mempunyai rating tontonan tinggi.

Wanita itu mula berjinak-jinak dalam industri perfileman pada 2015 dengan menggalas tugas sebagai pelakon pembantu, Hao Mei Li menerusi drama Fall in Love Like a Star.

Filem lakonan pertamanya pula adalah Lost in Your Eyes.

Dia memainkan watak penting dalam siri televisyen berjudul Anarhan sehingga dicalonkan sebagai Outstanding TV Series dalam Anugerah Flying Goddess kali ke-30.

Kemuncak kerjayanya selepas tampil dalam siri popular Swords of Legends.

Dia pernah memenangi anugerah ‘Artis Baharu Kegemaran Ramai’ semasa Anugerah China TV Drama kali ketujuh.

Pada 2017 dia memegang watak utama dalam Pretty Li Hui Zhen. Drama siri itu menjadi popular dan mencatatkan jumlah tontonan dalam talian sebanyak 7 bilion.

Drama siri romantik fantasi, Eternal Love yang dibintangi seterusnya meledakkan populariti dirinya bukan sahaja di China bahkan di pentas antarabangsa.

Dia turut dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Pembantu Terbaik semasa Festival Televisyen Shanghai.

WANITA TERCANTIK ASIA 2018

Wajah cantik Dilraba sememangnya menakluk hati ramai jejaka termasuk pemain bola ternama, Alexandre Pato.

Pada 2018, Pato menzahirkan minatnya terhadap wanita itu, selepas membawa poster besar dirinya dan Dilraba di tengah-tengah padang bola.

ALEXANDRE PATO (tengah) membawa poster besar dirinya dan Dilraba di tengah-tengah padang bola selepas beraksi dalam Liga Juara AFC di Tianjin. – AFP

Kejadian itu mencuri perhatian orang ramai sehingga menyebabkan namanya meniti di bibir masyarakat.

Dilraba pernah beberapa kali memasuki senarai wanita tercantik di dunia.

I-Magazine pernah menobatkannya sebagai wanita tercantik di Asia pada 2018.

Dia turut menjadi selebriti paling banyak ditawarkan menjadi duta barangan berjenama di Tiongkok.

Dilraba kerap mendapat tawaran daripada pelbagai produk kecantikan, makanan dan teknologi.

MILIKI ASET BELASAN JUTA

Selain berlakon, Dilraba pernah bergelar sebagai penyanyi dan model.

Dilraba berada dalam kedudukan ke-37 daripada senarai 100 Selebriti China Forbes, 2017.

Kedudukan itu meningkat naik ke tangga 16 (2019) dan ke-11 (2020). Wanita itu dikatakan mempunyai kekayaan terkumpul bernilai RM60 juta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×