Strategi ekonomi, kesihatan dijangka pulihkan prospek ekonomi - Utusan Malaysia

Strategi ekonomi, kesihatan dijangka pulihkan prospek ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gangguan berpanjangan dalam ekonomi terus mempengaruhi prestasi indek pelopor (IP) yang menunjukkan trend penurun pada Julai lalu, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Beliau berkata, berdasarkan tahun ke tahun, IP merosot sebanyak empat peratus kepada 105 mata daripada 109.4 mata pada tempoh sama 2020.

Katanya, penyusutan sebanyak 4.4 mata itu didorong terutama oleh penurunan bilangan syarikat tempatan baharu didaftar, berjumlah 2,646 syarikat berbanding 5,522 syarikat bulan sama tahun sebelumnya.

“Penurunan juga dipengaruhi oleh kesan tahun asas daripada tahun sebelumnya. Pada masa yang sama, IP juga mencatatkan penurunan bulan ke bulan pada Julai 2021, negatif 0.6 peratus terutama disebabkan oleh import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (-1.3 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, mengambil kira prestasi IP yang lebih rendah pada bulan rujukan dan trend kadar pertumbuhan IP terlicin yang menurun sejak Mac 2021, IP menjangkakan prospek ekonomi Malaysia berkemungkinan berdepan ketidakpastian.

“Bagaimanapun, keberkesanan pelbagai strategi ekonomi dan kesihatan di samping kerjasama rakyat dalam mengadaptasi normal baharu dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dijangka dapat memulihkan prospek ekonomi jangka pendek,” jelasnya.

Sementara itu, indeks serentak (IS) sebagai proksi kepda prestasi aktiviti ekonomi semasa, terus menunjukkan trend penurunan yang lebih tinggi tahun ke tahun, iaitu penuruan 5.2 peratus berbanding -3.1 bulan sebelumnya.

“Sementara itu, IS mencatatkan negatif 2.5 peratus bulan ke disebabkan oleh prestasi yang kurang menggalakkan dalam hampir semua komponen IS, terutamanya daripada indeks kuantiti perdagangan runcit (-1.5 peratus),” kata Mohd. Uzir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×