EV: Ni Hsin, TAILG berkolaborasi - Utusan Malaysia

EV: Ni Hsin, TAILG berkolaborasi

MODEL motosikal elektrik yang dikeluarkan oleh syarikat Dongguan Tailing Motor Vehicle Co. Ltd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. (Ni Hsin), syarikat milik penuh Ni Hsin Group Berhad, memeterai memorandum persefahaman dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co. Ltd. (TAILG).

Kerjasama itu membabitkan kolaborasi dan meneroka peluang dalam kajian, penyelidikan, pembangunan, pemasangan dan pengedaran kenderaan elektrik (EV) untuk tujuan komersial di Malaysia dan ASEAN.

Pengarah Urusan Ni Hsin, Khoo Chee Kong berkata, melalui kolaborasi itu, syarikat akan bekerjasama dengan TAILG untuk membangunkan motosikal EV untuk tujuan dinyatakan dan komersial lain.

Beliau berkata, sektor pengangkutan bertanggungjawab kepada 14 peratus pelepasan gas rumah hijau global dan cabaran untuk mengurangkan pelepasan asap pengangkutan terbukti semakin penting.

“Ia meletakkan penekanan terhadap perubahan teknologi dan organisasi, memacu dunia ke arah elektromobiliti dan pengangkutan sifar pelepasan asap dengan kesan kemuncak mengurangkan pelepasan asap di dalam sektor ini dan menambah baik kesihatan penduduk dunia,” katanya dalam kenyataan.

Chee Kong berkata, penerokaan Ni Hsin Group ke dalam perniagaan e-mobiliti adalah berkaitan kelestarian perniagaan serta komitmen kepada kriteria kemampanan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Menyokong perniagaan konsep cafe@anywhere syarikat ini, kami telah mewujukan keutamaan mesin minuman bergerak yang menggunakan motosikal EV untuk menggerakkan operasi mesin kopi,” katanya.

Menurut Ni Hsin, TAILG ditubuhkan pada 2004, merupakan satu daripada pengeluar utama kenderaan dua roda elektrik di China yang memiliki kehadiran di lebih 75 buah negara.

Syarikat itu terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan EV dengan menghasilkan lebih 420 paten berkaitan EV berprestasi tinggi, kecekapan dipertingkatkan dan perkhidmatan awan.

“TAILG telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Perusahaan Berteknologi Tinggi Kebangsaan dan Asas Latihan Kualiti Kebangsaan China, menyediakan model-model EV kepada China Telekom, Baidu Takeawat serta Protor & Gamble,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×