Kes Covid-19 Filipina kini cecah dua juta - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 Filipina kini cecah dua juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Filipina dilaporkan mencecah sebanyak dua juta kes.

Ia ketika negara itu berdepan lonjakan kes Covid-19 yang didorong dengan penularan varian Delta yang mudah berjangkit.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kadar kes harian Covid-19 mencapai tahap tertinggi sejak pandemik bermula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, Jabatan Kesihatan turut memberi amaran bahawa trend tersebut kemungkinan besar berterusan.

“Data rasmi semalam menunjukkan negara ini merekodkan sebanyak 14,216 kes baharu Covid-19 sekali gus jumlah keseluruhan sudah melebihi dua juta kes.

“Sebanyak 33,533 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam negara yang mempunyai 110 juta penduduk.

“Justeru, ada kemungkinan jumlah kes Covid-19 akan meningkat lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang,” jelas Jabatan Kesihatan Filipina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini