'Fiziknya sado, analoginya ialah tentang disiplin' - Norman Hakim - Utusan Malaysia

‘Fiziknya sado, analoginya ialah tentang disiplin’ – Norman Hakim

Norman Hakim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dikenali menerusi bentuk tubuhnya yang sasa meski usianya sudah menginjak ke angka 46 tahun , pelakon, Norman Hakim mengamalkan teknik peruntukan masa selama dua jam pada hari tertentu dengan membenarkan dirinya makan apa sahaja makanan kesukaan.

Menurut suami pelakon Memey Suhaiza ini, menerusi teknik ‘refeed’, ia bagaimanapun bergantung kepada kondisi semasa tubuh badan seseorang itu.

“Setiap orang berbeza. Untuk diri saya sendiri, kalau hari lain selain dari hari ‘refeed’, jarang saya makan sampai kenyang. Minum air pun 30 minit selepas makan.

“Tapi untuk ‘refeed’ ini, dalam masa dua jam sahaja saya akan makan apa saja yang ada di depan mata sampai kenyang, walaupun rasa macam tak kenyang-kenyang.

“Pertengahan makan, saya paksa juga minum air,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram semalam.

Menerusi video yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, Norman memaparkan dirinya sedang menikmati pelbagai jenis juadah makanan di meja dengan wajah yang bersungguh-sungguh.

Antara yang dijamunya dalam masa dua jam itu ialah nasi, makanan segera seperti burger, ayam goreng, roti, durian serta minuman manis.

Selain itu, menurut Norman, dia juga banyak menerima pertanyaan klise dan teknikal mengenai perihal penjagaan kesihatan menerusi media sosial namun tidak mampu untuk menjawab semuanya pada satu masa yang sama.

“Di sini, satu saja kesimpulan yang boleh saya berikan kepada semua soalan, iaitu Just Do It ! Bahasa Melayunya, Buat saja! Sepanjang masa itu cuma lakukan saja kerana itulah macam-macam benda yang kita akan belajar dan faham.

“Anda nampak yang tersuratnya adalah fizikal yang sado. Tetapi analogi di sebalik yang tersurat adalah benda ini akan mengajar anda tentang disiplin dalam rutin hidup.

“Sama ada dalam ibadah, hidup berkeluarga, bisnes dan juga karier. Itu saja nak cakap. Selamat berhujung minggu semua dan kekal selamat,”katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran sebelumnya, Norman memaklumkan bahawa bukan selalu dirinya berpeluang makan banyak seperti itu.

“Sama-sama husnuzon. Bukan selalu saya dapat makan macam ini. Sebulan sekali pun belum tentu. Yang penting, nampak tak dalam banyak-banyak, apa yang saya ambil dulu. Roti krim mamak pot pet!

“Nikmat tak terkata. Terima kasih Ya Rabb,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×