PTTI lancar aplikasi pembelajaran dalam talian SPM - Utusan Malaysia

PTTI lancar aplikasi pembelajaran dalam talian SPM

Majlis perlancaran aplikasi khusus untuk pelajar SPM oleh PTTI baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melangkah setapak lagi apabila muncul dengan aplikasi pembelajaran khas atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, berkata aplikasi pembelajaran atas talian ini dibangunkan staf PTTI sejak akhir tahun lalu.

“Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai pelajar meningkatkan gred dan keputusan cemerlang, lebih-lebih lagi bila berdepan situasi tak terduga seperti pandemik. Perlu ada alternatif baharu terhadap kaedah pembelajaran yang ditawarkan,” katanya.

Majlis pelancaran aplikasi dilakukan mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman secara virtual di Hitman Studio di Shah Alam, baru-baru ini.

Turut hadir ikon dan duta PTTI, MK K-Clique. Ia turut dimeriahkan dengan penyertaan artis popular antaranya Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin.

Kehadiran aplikasi terbabit juga menjadi penanda aras baharu, seiring tuntutan semasa termasuk membiasakan norma baharu era pandemik Covid-19 saat ini.

Siti Farhana atau mesra dipanggil Cikgu Fana menjelaskan aplikasi terbabit dilancarkan sebagai usaha mewujudkan ruang pembelajaran khas bagi pelajar SPM.

“Kita yakini aplikasi ini mampu terus mencakna perubahan iklim pembelajaran semasa saat ini.

“Pelajar SPM juga boleh belajar secara atas talian menerusi aplikasi terbabit. Malah mereka juga dapat menonton ratusan video teknik dan skil belajar secara percuma,” katanya.

Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.

“Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android).

“Ini masanya untuk pelajar SPM terutama calon peperiksaan itu mengakses ilmu dan dapat belajar percuma dengan aplikasi ini tak kira di mana saja anda berada,” katanya.

Ketika majlis berlangsung selain video perasmian aplikasi itu ditayangkan, penerangan mengenai ciri ciri yang dibina dalam aplikasi turut dilakukan.

MK serta artis lain turut berkongsi pandangan dan pujian mengenai muat turun dan penggunaan aplikasi terbabit serta berinteraksi dengan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali atau dikenali sebagai Cikgu Habib).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×