Tawaran istimewa Goodday Milk Fest 2021  - Utusan Malaysia

Tawaran istimewa Goodday Milk Fest 2021 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Goodday Milk meneruskan penganjuran Goodday Milk Fest 2021 dengan menawarkan harga berpatutan dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi bagi menghargai pelanggannya.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Yee Pek Kuan berkata, selain program itu, Goodday juga mengorak langkah dalam menyediakan susu berkualiti dengan menampilkan pek baharu susu Goodday.

“Pada setiap tahun semasa Goodday Milk Fest diadakan, kami mengambil inisiatif untuk menghargai pelanggan yang setia bersama kami.

“Pada tahun ini, kami menampilkan pembaharuan Goodday yang lebih bertenaga, segar dan moden,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, antara tawaran hebat kepada pelanggannya ialah bermula 1 Julai hingga 14 Ogos ini, pembeli boleh mendapatkan pek Goodday UHT Milk 250 milliliter (ml) dan 7 Days Croissant dengan harga RM3 di stesen minyak Petron seluruh Semenanjung Malaysia.

Pek Kuan berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyokong jenama itu dan berharap, mereka akan gembira dengan tawaran eksklusif berkenaan serta penampilan terbaharu sepanjang Goodday Milk Fest. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×