Hadiah eksklusif menanti pelanggan - Utusan Malaysia

Hadiah eksklusif menanti pelanggan

Tawaran sempena sambutan ulang tahun ke sembilan Foodpanda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT khidmat penghantaran makanan, Foodpanda menawarkan pelbagai hadiah eksklusif kepada pelanggannya yang membuat pembelian di Foodpanda Shops sepanjang Julai ini.

Pelanggan hanya perlu membuat tiga pesanan dengan minimum pembelian RM35 di Foodpanda Shops untuk memenangi Sony Playstation 5 dan Nintendo Switch Gen 2 manakala tawaran hadiah menarik seperti iPad, Airpod dan produk Le Creuset bagi hantaran swafoto bersama belian dari Pandamart.

Tawaran itu bersempena sambutan ulang tahun ke sembilan Foodpanda dan ulang tahun pertama Pandamart beroperasi di Malaysia. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos nanti.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, memasuki tahun kesembilan sememangnya satu pencapaian besar pihaknya justeru hadiah eksklusif diberikan adalah bagi menghargai sokongan padu para pelanggan.

“Sejak Foodpanda memasuki pasaran Malaysia, kami telah menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna bagi mendapatkan makanan dihantar, mengambil sendiri pesanan selepas memesan dari platform, membeli barang keperluan melalui Foodpanda Shops dan mendapatkan barangan runcit dari Pandamart.

“Oleh itu, kami sangat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh pelanggan dan hadiah eksklusif ini khas untuk mereka bersempena sambutan ulang tahun Foodpanda.

“Kami berharap untuk terus berkembang dan mengekalkan momentum dengan menginovasi dan memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk memenuhi keperluan para pengguna bagi meneruskan usaha bagi mengekalkan kedudukan sebagai pengubah bagi segmen q-commerce dan peneraju dalam industri,” katanya.

Dalam pada itu ujarnya, Foodpanda turut memperkenalkan dua ciri baharu platform itu seperti Pandapro yang lebih eksklusif dan Pandago untuk penghantaran pantas.

“Pandapro boleh dilanggan daripada aplikasi Foodpanda dengan hanya RM14.90 sebulan dan ahli akan menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus dan ke atas. Juga dapat menikmati sebanyak 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM28. Pandapro menawarkan ahlinya penjimatan melebihi RM100 setiap bulan termasuk penghantaran dan pesan ambil bagi makanan, Foodpanda Shops, Pandamart dan lain-lain.

“Manakala dengan Pandago, rakan niaga boleh mendapatkan seorang penghantar atau rider dengan mempunyai akses terus ke rider tanpa komisyen. Pandago merupakan perkhidmatan nilai-tambah bagi rakan niaga kami yang menerima pesanan dari saluran luar. Pandago boleh didapati melalui laman sesawang https://pandago.my atau peranti GoDroid,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×