Houthi ugut serang pelabuhan Arab Saudi

Houthi ugut serang pelabuhan Arab Saudi

IMEJ satelit memaparkan infrastruktur minyak di pelabuhan Yanbu, Arab Saudi, yang terletak di bahagian barat Laut Merah.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEMEN: Houthi mengancam akan menyerang pelabuhan Jeddah dan semua pelabuhan lain di sepanjang pantai Laut Merah Arab Saudi sekiranya Riyadh meneruskan ancaman untuk membedil pelabuhan Hodeidah di Yemen.

Ancaman terbaharu itu meningkatkan ketegangan antara Houthi dengan Arab Saudi, ketika kedua-dua pihak semakin menyasarkan infrastruktur strategik dalam serangan masing-masing.

Semalam, serangan dron Houthi menyasarkan menara tertinggi di Riyadh sehingga mencederakan sekurang-kurangnya 11 orang, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi berikrar akan membalas serangan itu dengan tindakan tegas.

Dalam kenyataan hari ini, jurucakap Houthi, Yahya Saree, menggesa kakitangan dan pekerja pelabuhan serta penduduk di kawasan berhampiran supaya segera berpindah.

Kumpulan itu turut meminta syarikat perkapalan mengundurkan kapal masing-masing dari kawasan pelabuhan berkenaan.

Susulan kenyataan itu, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi melancarkan serangan bagi menyasarkan keupayaan operasi di pelabuhan Hodeidah.

Dalam kenyataan pada Rabu, gabungan berkenaan turut memaklumkan pihaknya memusnahkan beberapa sasaran di wilayah Saada dan Amran, menurut kenyataan pada Rabu.

Pelabuhan Hodeidah yang terletak di pantai Laut Merah merupakan laluan utama kemasukan makanan dan bekalan keperluan ke wilayah utara Yemen yang dikuasai Houthi.

Pelabuhan itu juga menjadi pintu masuk penting bagi bantuan kemanusiaan dan barangan import, sekali gus menjadi talian hayat kepada jutaan penduduk Yemen yang bergantung kepada bekalan makanan dari luar negara.

Pertempuran antara kedua-dua pihak kembali memuncak sejak September lalu apabila Houthi mara ke arah Selat Bab al-Mandab, laluan perkapalan strategik di pintu masuk selatan Laut Merah.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini