Kasih Pak Samad terhadap rakyat terus hidup menerusi karyanya - Anwar - Utusan Malaysia

Kasih Pak Samad terhadap rakyat terus hidup menerusi karyanya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa hiba dan sayu atas pemergian Sasterawan Negara ke-4, Datuk Seri A Samad Said yang kembali ke Rahmatullah, petang tadi.

Beliau berkata, kasih Allahyarham yang mesra disapa Pak Samad terhadap rakyat akan terus hidup menerusi naskhah agung serta kecekalannya dalam membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.

“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Saya menerima khabar pemergian Sasterawan Negara, A Samad Said dengan rasa hiba dan sayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lewat ‘Salina’ (1961), Pak Samad mendekatkan kita kepada insan yang sering tersisih supaya kita turut menggarap duka dan memperjuang harapan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Anwar turut memaklumkan beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan supaya keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan berdepan ujian berkenaan.

“Kasihnya kepada rakyat akan terus hidup dalam karya-karyanya, juga dalam kecekalannya membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.

“Azizah dan saya mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas roh Pak Samad dan mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.

“Mendoakan segala dosanya dikurniakan keampunan dan rohnya diberi tempat istimewa disisiNya,” katanya.

Terdahulu, A Samad Said, 91, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 6.05 petang tadi.

Berita itu disahkan oleh anak keduanya, Helmy Abdul Samad menerusi perkongsian di Threads.

Dalam perkongsiannya, beliau menulis ringkas, ‘Innalillahi wainnailaihi rojiun’.

A Samad Said sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad petang semalam akibat sakit tua selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.

Allahyarham A Samad Said, yang dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 9 April 1935, dinobatkan sebagai Sasterawan Negara keempat pada tahun 1985 atas sumbangan cemerlangnya dalam perkembangan kesusasteraan tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini