Misi PSG terancam

Misi PSG terancam

DESIRE Doue. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Misi Paris Saint-Germain (PSG) mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim ini terancam selepas kehilangan Desire Doue yang berdepan kecederaan lutut.

PSG muncul juara Eropah dalam dua musim terakhir dan usaha mereka mempertahankan kejuaraan musim ini bermula sempurna apabila mencatat empat kemenangan berturut-turut.

Bagaimanapun, kehilangan Doue tepat sebulan selepas Khvicha Kvaratskhelia mengalami kecederaan sama menimbulkan keraguan besar terhadap peluang anak buah Luis Enrique untuk menjulang trofi itu sekali lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Doue diusung keluar padang sambil menangis selepas lututnya berpusing dalam keadaan janggal ketika gergasi Perancis itu menewaskan Nice 3-2 dalam aksi Ligue 1, Ahad lalu.

Kelab itu kemudian mengesahkan pemain berusia 21 tahun berkenaan mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanan dan perlu menjalani pembedahan.

Musim Doue berkemungkinan sudah berakhir, manakala Kvaratskhelia kini memulakan proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ACL sama ketika kemenangan ke atas Barcelona bulan lalu.

Pemain sayap Georgia yang memiliki kepantasan dan kemampuan mencipta gerakan berbahaya itu muncul pemain terbaik dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara musim lalu selain menduduki tempat keenam dalam ranking Ballon d’Or tahun ini.

Sementara itu, Doue dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika PSG membelasah Inter Milan 5-0 pada final Liga Juara-Juara 2025 dan menjadi pemain paling menyerlah PSG sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Dia akan kembali dua kali lebih kuat. Saya tidak bimbang. Kami sentiasa terbuka kepada sebarang kemungkinan dalam jendela perpindahan, tetapi bukan semata-mata kerana kami mempunyai pemain yang cedera.

“Kami mempunyai pemain yang boleh mengisi kekosongan dan kami akan mengatasi situasi ini sebagai satu pasukan. Ia bukan masalah,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini