Lima wanita maut ditangan ahli keluarga setiap jam 

Lima wanita maut ditangan ahli keluarga setiap jam 

SEORANG wanita memegang sepanduk ketika menyertai perarakan membantah keganasan berasaskan gender di Lima, Peru.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih 47,000 wanita dan kanak-kanak perempuan atau kira-kira lima orang dibunuh setiap jam oleh ahli keluarga sendiri di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, menurut laporan Pertubuhan Bnagsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Selasa.

Jumlah wanita dan kanak-kanak perempuan yang dibunuh oleh pasangan atau ahli keluarga mencatatkan turun naik antara 45,000 hingga 51,000 orang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berdasarkan anggaran UN Women dan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Daripada 78,000 wanita dan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa pembunuhan sengaja pada tahun lalu, kira-kira 60 peratus dibunuh oleh pasangan atau ahli keluarga, menurut laporan itu yang diterbitkan menjelang Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan terhadap Wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggaran 47,000 mangsa itu bersamaan 129 wanita dan kanak-kanak perempuan dibunuh setiap hari. Angka berkenaan diperoleh menerusi analisis statistik dari 122 negara dan wilayah.

Walaupun wanita merangkumi 19 peratus daripada keseluruhan mangsa pembunuhan di seluruh dunia pada 2025, sebanyak 60 peratus daripada mereka dibunuh dalam lingkungan domestik. Sebaliknya, hanya 11 peratus mangsa pembunuhan lelaki dibunuh dalam keadaan sedemikian.

PBB menegaskan langkah pencegahan keganasan rumah tangga perlu diberikan perhatian segera, termasuk dalam hubungan pasangan dan hubungan kekeluargaan yang lebih luas.

Tiada rantau yang sepenuhnya bebas daripada jenayah itu, namun benua Afrika sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi wanita dan kanak-kanak perempuan yang dibunuh oleh pasangan atau ahli keluarga, iaitu 22,100 orang.

Asia menyusul dengan 15,100 mangsa, diikuti Amerika dengan 7,400, Eropah (2,100) dan Oceania (300).

Laporan itu turut menyatakan walaupun kadar pembunuhan di seluruh dunia menunjukkan penurunan, kadar pembunuhan wanita berasaskan gender atau femisid menurun dengan lebih perlahan, khususnya di benua Amerika dan Eropah.

Menurut PBB, keadaan itu menunjukkan jenayah berkenaan berakar umbi dalam norma sosial dan stereotaip gender, selain mencerminkan halangan yang dihadapi mangsa dalam mendapatkan akses kepada sistem keadilan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini