Terlalu awal bincang cadangan penggunaan logo PH pada PRU16 - Saifuddin - Utusan Malaysia

Terlalu awal bincang cadangan penggunaan logo PH pada PRU16 – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada Majlis Perasmian Asia International Security Summit & Expo 2027 (AISSE27), di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia(MITEC), di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan cadangan penggunaan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu memandangkan PRU16 masih terlalu awal untuk diperkatakan

“Masih terlalu awal untuk saya memberikan komen sama ada penggunaan logo PH atau logo parti masing-masing pada PRU16.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen pramatang buat masa ini,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AiSSE 2025) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan supaya parti-parti komponen PH menggunakan logo masing-masing pada PRU16 akan datang.

Media semalam melaporkan, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu berbincang terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung isu menggunakan logo masing-masing pada PRU16.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, DAP sentiasa terbuka untuk membincangkan strategi menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, paling penting ialah semua parti komponen perlu mengumpulkan kekuatan dan mencari pendekatan yang paling baik untuk menghadapi pilihan raya. 

“Namun, cadangan-cadangan seperti itu sepatutnya dibincangkan terlebih dulu dalam majlis presiden kepimpinan,” katanya.

Sebelum ini, cadangan supaya parti komponen PH menggunakan logo masing-masing pada PRU16 wajar dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan gabungan itu susulan perubahan landskap dan persepsi politik semasa.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, perkara itu perlu diperhalusi dengan mengambil kira pengalaman PH berhadapan beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Katanya, strategi penggunaan logo merupakan antara aspek yang perlu dinilai semula bagi memastikan pendekatan gabungan itu kekal relevan dengan realiti politik semasa.

“Saya tidak menafikan terdapat kewajaran dan pertimbangan khusus untuk kita menilai semula strategi dan pendekatan selepas berhadapan beberapa siri pilihan raya sebelum ini

“Antara perkara yang perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan ialah isu penggunaan logo parti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini