Dakwaan asal minyak perlu disahkan dokumen rasmi, bukan kertas pedagang - Utusan Malaysia

Dakwaan asal minyak perlu disahkan dokumen rasmi, bukan kertas pedagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemindahan petroleum berulang kali dari kapal ke kapal (STS) perlu diteliti bagi memastikan asal kargo dan kesahihan dokumen berkaitan disahkan pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R. Jeyenderan berkata, dokumentasi telus penting untuk mengenal pasti sumber, pemilikan, pembekal dan pergerakan kargo, khususnya amid kebimbangan antarabangsa mengenai pengelakan sekatan.

Beliau yang juga pengarah sebuah syarikat pembekalan bahan api kapal berkata pihaknya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aktiviti mencurigakan dan meminta dokumen sah yang mengesahkan Sijil Asal serta sumber minyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kargo berasal dari Singapura, kita perlu mendapatkan dokumen eksport Kastam Singapura dan Sijil Asal daripada syarikat minyak utama, bukannya bergantung semata-mata pada dokumen pedagang.

“Jika kargo benar-benar berasal dari Singapura, mengapa ia perlu melalui pemindahan kapal ke kapal berulang kali dan bukannya dihantar terus ke destinasi?” katanya.

Jeyenderan mengulas laporan pada 20 Nov yang menyebut pegawai Perbendaharaan Amerika Syarikat menggesa Malaysia dan Singapura memperketat pengawasan sektor berisiko tinggi, termasuk pengangkutan maritim dan rangkaian perolehan, susulan kebimbangan kemungkinan pengelakan sekatan melibatkan entiti berkaitan Iran.

Beliau berkata, dakwaan minyak berasal dari Singapura perlu disokong dokumen eksport Kastam dan Sijil Asal yang sah, manakala kargo dari Malaysia atau negara lain perlu mempunyai sijil yang dikeluarkan pihak berkuasa negara berkenaan.

Katanya, dokumen yang hanya disediakan pedagang tidak memadai tanpa pengesahan juruaudit bebas SGS. Bil muatan, maklumat pembekal, rekod pemilikan dan dokumen setiap pemindahan juga perlu diperiksa bagi memastikan pergerakan kargo dapat dijejaki dari sumber hingga destinasi.

Beliau menegaskan pemindahan STS tidak semestinya membuktikan kegiatan haram, namun pergerakan berulang perlu diteliti jika terdapat persoalan mengenai asal kargo dan tujuan komersialnya.

Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Perbendaharaan AS sebelum ini mengenal pasti pemindahan STS berulang dalam satu penghantaran sebagai antara petunjuk berpotensi pengelakan sekatan, walaupun kaedah itu juga boleh dilakukan atas tujuan komersial yang sah.

Jeyenderan berkata pemeriksaan sewajarnya dapat melindungi reputasi negara, memperkukuh pematuhan dan memastikan pemain industri yang menjalankan urusan sah tidak terdedah kepada risiko berkaitan sekatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini