SPRM serah lelaki warga China dikehendaki NCS kepada kedutaan China

SPRM serah lelaki warga China dikehendaki NCS kepada kedutaan China

Seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.

Suspek berusia lingkungan 50-an itu diserahkan menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa dengan National Commission of Supervision of the People’s Republic of China (NCS).

Sumber memaklumkan, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan pada 17 November lalu kira-kira pukul 9 malam ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

“Pada masa sama, semakan mendapati suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki NCS selain pasport miliknya telah dibatalkan kerajaan China,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, sumber berkata, SPRM telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Kedutaan China sebelum suspek diserahkan semalam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini