Hans Isaac bakal tamat zaman bujang, lamar Francisca Luhong di Paris - Utusan Malaysia

Hans Isaac bakal tamat zaman bujang, lamar Francisca Luhong di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang selepas melamar wanita pilihan hatinya, Francisca Luhong, di Paris, Perancis.

Lebih romantis, lamaran tersebut berlangsung dengan berlatarbelakangkan Menara Eiffel, sekali gus menjadi detik istimewa buat pasangan berkenaan.

Berita gembira itu dikongsikan Hans menerusi sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan beberapa foto bersama bakal isterinya yang juga merupakan ratu cantik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa syukur dan gembira apabila Francisca menerima lamarannya, malah menyifatkan keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan sebagai pilihan terbaik dalam hidupnya.

“Dia kata ya! Selamanya bersama insan kesayangan saya. Untuk selamanya bersamamu, sayangku dan bakal isteriku. Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia menerima lamaran saya,” tulisnya.

Turut menarik nafas lega, perkongsian itu secara tidak langsung mengakhiri asakan orang ramai terhadapnya mengenai jodoh

“Sekarang dia sudah terikat dengan saya. Tiada lagi soalan, ‘Hans, bila nak kahwin?’” selorohnya.

Perkongsian romantis itu sekali gus mengundang perhatian rakan selebriti dan pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan berkenaan.

Antara yang menitipkan ucapan tahniah ialah pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan pelakon, Syed Saddiq.

Rata-rata peminat turut menzahirkan kegembiraan melihat pelakon itu akhirnya bakal mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, Hans belum berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini