Kemenangan di Kumamoto, bakal lonjak ranking Aaron-Roy King

Kemenangan di Kumamoto, bakal lonjak ranking Aaron-Roy King

AARON Tai-Yap Roy King muncul juara Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan beregu pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King menjuarai Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, semalam berpotensi melonjakkan ranking pasangan itu ke dalam kelompok 40 terbaik dunia.

Pasangan itu yang kini menghuni ranking ke-57 dunia mengejutkan wakil tuan rumah yang merupakan beregu No. 10 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 16-21, 21-13, 21-15 dalam masa 55 minit pada perlawanan akhir.

Kemenangan itu meletakkan Aaron-Roy King di kedudukan pendahulu dengan rekod pertemuan 1-0 ke atas bekas juara dunia tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil kemenangan pada kejohanan berstandard Super 500 itu, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$39,500 (RM161,398) berserta pingat emas.

Malah, beregu yang digandingkan tidak sampai dua bulan itu juga berjaya menokok 9,200 mata dan berpeluang melonjakkan kedudukan apabila ranking dunia dikemas kini oleh BWF, minggu depan.

Dengan dua gelaran daripada lima kejohanan yang sudahpun berada di dalam genggaman, Aaron-Roy King berpotensi menempatkan diri mereka sekurang-kurangnya di dalam kelompok 40 terbaik dunia.

Beregu itu akan meneruskan perjuangan mereka pada Terbuka Hong-Kong yang bermula minggu depan dan jika kekal konsisten Aaron-Roy King mampu mengejar sasaran untuk berada dalam kelompok 32 terbaik sebaik musim 2026 berakhir Disember ini.

“Pada set pertama, memang ada beberapa situasi apabila beregu negara berjaya mengganggu rentak permainan lawan, termasuk membuatkan mereka hilang fokus seketika.  Situasi itu sedikit sebanyak menyebabkan Aaron-Roy King kurang selesa ketika berada di gelanggang.

“Memang kami gembira dengan kemenangan ini, apatah lagi dapat meraih gelaran kedua. Hari ini, saya sendiri dapat merasai dan melihat bagaimana situasi (tekanan) sebenar yang berlaku dalam gelanggang,” kata jurulatih beregu lelaki negara, Chang Kim Wai

Walaupun, pemerhati sukan melihat potensi beregu muda itu menjadi prospek pingat emas Sukan Olimpik 2028, tetapi, Roy King sebelum ini menegaskan fokus mereka pada tahun depan adalah melayakkan diri pada Terbuka Malaysia 21-31 Januari 2027.

Kejohanan di laman sendiri yang memiliki status Super 1,000 itu, memerlukan Aaron-Roy King berada dalam kelompok 32 terbaik dunia.

Bagi Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky pula secara terbuka mengakui Aaron-Roy King merupakan antara beregu lelaki yang mampu menghadirkan cabaran sebaik kelayakan ke temasya Olimpik bermula tahun depan.

Perebutan slot ke Los Angeles, Amerika Syarikat itu hanya menawarkan dua tempat daripada wakil negara yang sama dengan syarat kedua-dua beregu perlu berada dalam kelompok lapan terbaik dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini