KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) di negeri tersebut.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN mahu pun UMNO tidak berniat untuk bertanding di mana-mana kerusi sebaliknya memberi sokongan kepada PBB di Sarawak.
“Barisan Nasional tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak kerana inilah persefahaman di antara UMNO dan PBB di Sarawak. UMNO dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam pilihan raya negeri di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November manakala pengundian awal pada 8 Disember, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.
DUN Sarawak mempunyai 82 kerusi dan jumlah itu kekal digunakan pada pilihan raya kali ini, berikutan proses pewujudan 17 kerusi tambahan belum dimuktamadkan. – UTUSAN










