16,000 peserta sertai Garmin Run Marathon Series 2026, pelari negara sifatkan medan ujian - Utusan Malaysia

16,000 peserta sertai Garmin Run Marathon Series 2026, pelari negara sifatkan medan ujian

Sebahagian peserta yang menyertai Garmin Run Marathon Series 2026 di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, M. Sanjay, menjadikan penyertaan dalam Garmin Run Marathon Series 2026 di Putrajaya baru-baru ini sebagai medan menguji kemampuan tahap kecergasan sebelum menghadapi Mumbai Marathon Januari tahun depan.

Sanjay, 24, berjaya menamatkan saingan di tempat kedua bagi kategori terbuka dengan catatan masa 1 jam 13 minit 49 saat, di belakang pelari Kenya, David Kibet yang meraih tempat pertama dengan masa 1:13:19.

Menurut Sanjay, beliau tidak meletakkan sasaran untuk memecahkan sebarang rekod atau mengejar catatan masa tertentu dalam perlumbaan berkenaan, sebaliknya mahu memberikan prestasi terbaik mengikut kemampuan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya mahu berlari mengikut rentak sendiri, memberikan prestasi terbaik dan melihat catatan masa yang mampu saya capai,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sanjay berkata, walaupun keadaan cuaca berjerebu beberapa minggu sebelum berlangsungnya cara berkenaan, beliau tetap fokus dengan melakukan latihan di gimnasium

Edisi Garmin Run Marathon Series 2026 di Putrajaya itu menarik penyertaan kira-kira 16,000 peserta, sekali gus menjadikan Malaysia destinasi keempat daripada keseluruhan 13 siri jelajah yang dianjurkan sepanjang 2026 hingga 2027.

Siri berkenaan merangkumi 10 bandar di Asia dan tiga lokasi di Amerika Syarikat (AS), dengan Singapura menjadi tuan rumah pada 25 Oktober lalu.

Di Putrajaya, dua kategori utama dipertandingkan iaitu larian 10 kilometer (km) dan 21km yang menggunakan beberapa laluan ikonik di sekitar pusat pentadbiran negara.

Penyertaan besar itu menyaksikan Malaysia menjadi destinasi keempat daripada keseluruhan 13 siri jelajah yang dianjurkan sepanjang 2026 hingga 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini