Abang Rita Rudaini meninggal dunia

Abang Rita Rudaini meninggal dunia

ALLAHYARHAM difahamkan rebah ketika menghadiri satu program anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang kepada pelakon, Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar dilaporkan meninggal dunia pada usia 51 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), awal pagi tadi.

Menurut perkongsian Melodi, Allahyarham difahamkan rebah ketika menghadiri satu program anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya sebelum dikejarkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita dilihat berada di hospital dalam keadaan sebak sambil memeluk erat jenazah abangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung punca kematian Allahyarham.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kampung halaman keluarga di Kangar, Perlis, untuk dikebumikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini