Puad Zarkashi cadang bubar DUN Perak, Pahang

Puad Zarkashi cadang bubar DUN Perak, Pahang

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Pahang wajar dibubarkan untuk membuka laluan pilihan raya ekoran kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam tiga siri pilihan raya negeri (PRN).

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, kejayaan formula kerjasama kedua-dua gabungan itu berjaya menampakkan kejayaan menerusi kemenangan di Melaka.

Katanya, formula itu pada awalnya dilihat rumit apabila BN bertegas bertanding di 21 daripada 28 kerusi, namun keputusan Pas memenuhi tuntutan itu membuahkan hasil apabila parti itu berjaya memenangi dua kerusi sukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nampaknya formula kerjasama BN-PN menjadi. Mereka menang besar. Bukan itu sahaja, majoritinya juga amat besar. Awalnya nampak rumit kerana BN berkeras tetap bertanding di 21 daripada 28 kerusi.

“Tetapi pendekatan mengalah Pas berbaloi. Bertanding sikit di kerusi mencabar tetapi menang 2 kerusi. Justeru amat wajar DUN Pahang dan Perak bubar untuk menoktahkan kerajaan BN-PH memerintah di dua negeri kerajaan perpaduan itu.

“Teori domino amat jelas. Formula ‘Bangkit BN’ makin nampak. Tetapi PH masih tersepit mencari formula pemulihan. Jika PH masih selesa, PH akan wipe out di PRU 16,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

BN memenangi 21 kerusi dalam PRN Melaka semalam, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga dengan kekuatan sendiri, manakala PN menambah tiga lagi kerusi kepada gabungan itu DAP pula memenangi baki empat kerusi untuk PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini