647 penduduk Sri Pahang selangkah miliki rumah baharu - Fahmi

647 penduduk Sri Pahang selangkah miliki rumah baharu – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 647 daripada 716 penduduk Sri Pahang mendaftar bagi proses pengundian dan tawaran Unit Residensi Maarof hari ini, sekali gus membawa mereka selangkah lebih dekat untuk memiliki kediaman baharu selepas hampir 10 tahun menanti.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sesi yang berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menandakan satu lagi langkah penting sebelum mereka berpindah ke kediaman baharu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau sangat menghargai kesabaran dan kerjasama penduduk sepanjang proses pembangunan semula berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya akan terus bekerjasama dengan DBKL dan semua pihak berkaitan supaya kebajikan serta kepentingan penduduk sentiasa diberi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, Residensi Maarof dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat. — BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini