PRN Melaka: 70.59 peratus keluar mengundi

PRN Melaka: 70.59 peratus keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 70.59 peratus atau 472,388 pemilih direkodkan telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga pusat pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang tadi.

Berdasarkan Data Peratusan Keluar Mengundi (VTO) secara masa nyata yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Serkam mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 79.75 peratus, manakala DUN Bandar Hilir merekodkan peratusan terendah sebanyak 57.70 peratus.

Seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat untuk 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri itu. – UTUSAN

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini