Tak lena tidur, tak sabar mengundi

Tak lena tidur, tak sabar mengundi

TAN Siw Choo bersama Liew Chee Phin hadir ke SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka untuk mengundi pada awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Keterujaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini menyebabkan seorang wanita warga emas tidak dapat tidur lena malam tadi.

Tan Siw Choo, 62, berkata, dia bersama suaminya, Liew Chee Phin, 66, bertolak dari rumah seawal pukul 7.05 pagi bagi memastikan mereka dapat mengundi lebih awal.

Menurutnya, walaupun sudah banyak kali mengundi, perasaan teruja yang dialaminya kali ini berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gembira. Semalam tak dapat tidur. Kali ini rasa istimewa, dulu tak pernah rasa macam ini.

“Saya sudah banyak kali mengundi. Setiap kali ada pilihan raya, memang saya akan keluar mengundi,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di sini hari ini.

Siw Choo berkata, dia tidak menyangka menjadi antara individu terawal yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Katanya, kediamannya terletak kira-kira dua kilometer dari pusat pengundian berkenaan, lantas memudahkan dia dan suami datang lebih awal.

“Saya ingat ramai orang sudah beratur. Tak sangka, saya yang pertama,” katanya.

Dia yang membantu suami mengusahakan kedai mengingatkan para pelanggan supaya tidak melepaskan peluang mengundi.

“Saya berniaga, jadi saya memang selalu pesan kepada pelanggan, undi, undi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini