Hanya satu rumah Najib diwartakan sebagai penjara - Utusan Malaysia

Hanya satu rumah Najib diwartakan sebagai penjara

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mewartakan sebuah lagi rumahnya sebagai penjara tidak dapat dipenuhi Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandangkan tidak termaktub dalam syarat diberikan Lembaga Pengampunan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Najib membuat permintaan sebagai syarat tambahan secara bertulis kepada KDN bagi mewartakan sebuah lagi rumahnya sebagai penjara untuk beliau jalani tahanan di rumah.

Namun, katanya, permintaan itu tidak boleh dipenuhi kerana KDN terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lembaga Pengampunan kata rumah (sebagai penjara) ialah rumah nombor 11, Jalan Langgak Duta. Tetapi Datuk Seri Najib (Razak) memohon secara bertulis, apakah boleh kita buat keputusan membenarkan satu rumah lagi.

“Jadi, buat masa sekarang, kita terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan, rumah itu hanya satu rumah.

“Permintaan daripada Datuk Seri Najib (Razak) untuk masukkan (sebuah lagi rumah) dalam syarat tambahan, kita tidak boleh penuhi,” katanya katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini