Bayar RM50 juta untuk Najib bakal undang kekalahan kedua BN

Bayar RM50 juta untuk Najib bakal undang kekalahan kedua BN

KHOO POAY TIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah bakal mengulangi kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapan tahun lalu.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, isu membabitkan Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengundi, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tindakan UMNO membayar RM50 juta ketika tempoh berkempen bagi membolehkan Najib pulang ke rumah telah menimbulkan kemarahan rakyat yang melihat perkara itu sebagai tidak menghormati sentimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir isu ini telah membuat ramai orang sangat tidak berpuas hati. Kerana pada tahun 2018, disebabkan oleh 1MDB, disebabkan oleh Najib, itulah sebabnya mereka menumbangkan kerajaan BN.

“Jadi kali ini saya fikir BN, maksud saya UMNO, sangat berani. Malah semasa tempoh kempen, mereka berani membayar sebanyak RM50 juta. UMNO membayar RM50 juta tersebut. Jika tidak, Najib tidak akan berada di rumahnya sekarang.

“Jadi ini sudah sangat jelas bahawa UMNO sangat angkuh. Mereka merasakan bahawa mereka tidak menghiraukan, mereka tidak ambil peduli tentang perasaan rakyat,” katanya ketika ditemui pada program Malam Harapan di Malim di sini hari ini.

Poay Tiong berkata, isu itu boleh menjadi ruang kepada pengundi untuk menyampaikan mesej penolakan terhadap tindakan UMNO menerusi peti undi pada Sabtu ini.

“Kita melihat perkara ini sebagai satu pilihan untuk rakyat Melaka memberitahu UMNO bahawa mereka tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan.

“Sejak dua hari lalu, ketika turun padang, rata-rata masyarakat daripada pelbagai latar belakang menyuarakan ketidakpuasan hati dan kekecewaan terhadap pembayaran RM50 juta itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini