PDRM tambah anggota, aset peningkatan keganasan Selatan Thai

PDRM tambah anggota, aset susulan peningkatan keganasan Selatan Thai

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah kekuatan daripada segi keanggotaan dan aset-aset bagi memperkuatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan beberapa siri keganasan yang dilaporkan berlaku di Wilayah Yala dan Satun, Thailand sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ini termasuk me­ningkatkan rondaan di kawasan pagar sempadan, Bukit Kayu Hitam serta laluan yang dikenal pasti berpotensi menjadi laluan pencerobohan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan aset seperti kereta-kereta perisai, dron dan anggota PGA bagi rondaan serta kawalan di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara selain mengesan sebarang pergerakan mencurigakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau merancang perjalanan ke wilayah Selatan Thailand menangguhkan perjalanan tidak mustahak berikutan perkembangan keselamatan berkenaan.

Katanya, orang ramai perlu mematuhi semua arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand dan Kementerian Luar.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan konflik buat masa ini bagi mengelakkan sebarang risiko ke­selamatan yang tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini