UMNO perlu jelaskan sumber RM50 juta bayar denda Najib - Utusan Malaysia

UMNO perlu jelaskan sumber RM50 juta bayar denda Najib

Sathia Prakash Nadarajan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO perlu menjelaskan sumber dana sebanyak RM50 juta yang dikumpulkan bagi membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk identiti penyumbang dan jumlah sumbangan masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan ketelusan kutipan dana berkenaan.

“Kesediaan untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sahaja belum mencukupi, sebaliknya rekod kutipan dan pembayaran perlu dibentangkan kepada umum untuk membolehkan orang ramai membuat semakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimana RM50 juta dapat dikumpulkan untuk membayar denda seorang bekas Perdana Menteri? Siapa yang menyumbang, berapa jumlah sumbangan mereka dan dari mana sumber wang tersebut?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa, beliau menegaskan tidak menuduh mana-mana penyumbang mempunyai niat tertentu, namun mempersoalkan sama ada terdapat jaminan sumbangan berkenaan tidak akan dijadikan asas untuk menuntut projek, kontrak atau layanan istimewa daripada kerajaan pada masa hadapan.

“Budi kepada individu jangan dibayar dengan kuasa kerajaan. Rakyat berhak mendapat penjelasan, bukan sekadar diminta percaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini