Parti Bersama wajar dibubar selepas PRN Melaka, manifesto tidak realistik - Penganalisis

Parti Bersama wajar dibubar selepas PRN Melaka, manifesto tidak realistik – Penganalisis

RAFIZI Ramli (baris depan, tengah) bersama calon Bersama pada majlis pengumuman calon Bersama bagi PRN Melaka di Batu Berendam, MelakA. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Manifesto Parti Kancil pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli boleh dipersoalkan dari segi keaslian idea, kredibiliti politik dan realistik pelaksanaannya.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd Udin berkata, jika dibandingkan dengan manifesto BN-PN dan Pakatan Harapan (PH), beberapa gagasan yang diketengahkan Parti Kancil dilihat seolah-olah mengulangi pendekatan reformasi yang sekian lama menjadi teras perjuangan PH.

“Persoalannya, apakah nilai tambah atau pembaharuan sebenar yang ditawarkan sehingga memerlukan satu platform politik baharu?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih menarik, sebahagian agenda reformasi tersebut sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab politik Rafizi ketika beliau berada dalam Kabinet Kerajaan Madani,” katanya.

Dr. Mashitah Mohd Udin

Dalam hal ini, menurut Mashitah, Parti Bersama wajar dibubarkan selepas PRN Melaka, apatah lagi melihat kepada situasi sambutan siri ceramah beliau kurang mendapat sambutan.

Beliau berkata, masyarakat turut berhak mempersoalkan mengapa gagasan yang sama kembali diketengahkan sebagai tawaran politik baharu sedangkan peluang untuk melaksanakannya pernah wujud sebelum ini.

“Dalam politik, manifesto bukan sekadar himpunan janji atau slogan yang mampu menarik perhatian rakyat. Ia perlu disokong dengan perancangan yang jelas, kemampuan kewangan, tempoh pelaksanaan serta mekanisme untuk memastikan setiap janji dapat direalisasikan.

“Justeru, manifesto Parti Kancil perlu dinilai berdasarkan kemampuan menawarkan penyelesaian yang konkrit, bukannya sekadar menjual semula idea reformasi dalam pembungkusan politik yang berbeza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini