Mangsa lelaki narsisistik, bangkit dan jangan takut! – Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

Mangsa lelaki narsisistik, bangkit dan jangan takut! – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin menyeru individu yang menjadi mangsa lelaki bersifat narsisistik supaya berani bangkit dan tidak terus membiarkan diri hidup dalam ketakutan.

Menurut Syatilla, masyarakat khususnya ahli keluarga perlu lebih peka terhadap keadaan individu terdekat yang mungkin sedang berdepan tekanan emosi atau penderaan dalam hubungan.

“Mangsa lelaki narsisistik, tolong bangkit dan jangan takut! Orang sekeliling, tolong ambil tahu dan buka mata tentang isu individu yang mempunyai masalah seperti ini. Adik-beradik dan ahli keluarga, jangan sesekali ambil mudah perkara ini,” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syatillah berkata demikian menerusi hantaran di Threads susulan pertelingkahan yang melibatkan adiknya, Syida Melvin dan bekas suami, Syafiq Azim yang tular di media sosial, hari ini.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membiarkan individu yang berdepan masalah sedemikian menanggung penderitaan seorang diri.

“Ambil berat tentang keadaan anak-anak dan ahli keluarga di sekeliling kita. Jangan biarkan mereka menanggung penderitaan seorang diri. Jangan sampai ada yang kehilangan nyawa, barulah kita hendak menyesal. Nauzubillahiminzalik,” tegasnya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman siaran langsung TikTok memaparkan pertelingkahan antara Syida dan Syafiq berhubung isu kediaman yang pernah dihuni mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Menerusi perkongsian di Threads, Syida mendakwa sudah lapan bulan meninggalkan kediaman berkenaan bersama tiga anaknya selepas tidak lagi mampu berdepan tekanan emosi dan layanan buruk daripada bekas suami.

Syida turut mendakwa dia terpaksa menumpang di kediaman ahli keluarga, selain urusan persekolahan anak-anaknya terjejas sejak April lalu.

Menurutnya, usaha mendapatkan semula ruang untuk menetap di kediaman tersebut bersama anak-anak masih belum menemui penyelesaian meskipun beberapa surat telah dihantar menerusi peguam.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini