Ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi lambang kematangan dan kebijaksanaan – Fauziah Nawi - Utusan Malaysia

Ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi lambang kematangan dan kebijaksanaan – Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menitipkan pesanan agar setiap individu tidak terburu-buru membuat keputusan, terutama ketika berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Menurut Fauziah, setiap individu perlu belajar mengendalikan emosi dengan baik agar mampu berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Ketenangan adalah kunci dalam menghadapi apa jua keadaan. Jangan terburu-buru membuat keputusan ketika emosi menguasai diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Belajarlah untuk sentiasa bertenang, berfikir dengan rasional dan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, pelakon berusia 73 tahun itu berpendapat tidak semua masalah perlu diselesaikan dalam keadaan tergesa-gesa, sebaliknya setiap individu perlu mengambil masa dan ruang untuk menyelesaikan sesetengah situasi dengan baik.

“Apabila fikiran tenang, kita lebih mudah menyusun perancangan, mengenal pasti keutamaan dan menentukan tindakan yang tepat.

“Tidak semua perkara perlu diselesaikan dengan tergesa-gesa. Ada waktunya kita perlu berhenti sejenak, menilai keadaan dan mencari jalan terbaik,” jelasnya.

Pada masa sama, Fauziah menyifatkan kemampuan mengawal emosi ketika berdepan tekanan bukanlah lambang kelemahan, sebaliknya mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan seseorang individu.

“Ingat, ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi lambang kematangan dan kebijaksanaan. Orang yang mampu mengawal dirinya ketika berdepan tekanan biasanya lebih bersedia mengawal keadaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini