Prestasi ekonomi Melaka sandaran BN yakinkan pengundi atas pagar

Prestasi ekonomi Melaka sandaran BN yakinkan pengundi atas pagar

JOHARI Abdul Ghani (tengah) berbual dengan jentera BN ketika taklimat bersama bagi DUN Ayer Molek dan Pengkalan Batu, Melaka, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Prestasi ekonomi Me­laka yang menunjukkan perkembangan positif khususnya dalam sektor pelancongan dan pembuatan menjadi antara kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam meyakinkan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun Melaka sebuah negeri kecil, pencapaian ekonomi yang direkodkan membuktikan keupayaan kepemimpinan kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan.

Menurutnya, sektor pelanco­ngan telah menyumbang hampir 51 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melaka ini sebuah negeri walaupun kecil tetapi telah menunjukkan peningkatan yang sangat bagus daripada segi kejayaan pemimpin yang memimpin ne­geri ini sehingga membawa per­kembangan ekonomi yang cukup bagus.

“Contohnya, daripada segi pe­lancongan, dahulu Melaka tidak begitu menonjol tetapi sekarang disebabkan banyak promosi yang dibuat pemimpin seperti Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Ia banyak memberi kesan kepada aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau ditemui selepas menga­dakan taklimat bersama jentera BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Pengkalan Batu di sini semalam.

Selain pelancongan, Johari berkata, sektor pembuatan termasuk elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor turut memainkan peranan pen­ting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Macam Infineon itu, 11,000 pekerja, nampak 90 peratus menggunakan tenaga kerja tempatan. Jadi saya rasa baguslah.

“Saya nampak kerajaan ne­geri sudah dapat mengatasi soal kebergantungan kepada pekerja asing. Itu satu perkara yang saya amat positif,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata, ahli dan jentera BN perlu memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih parti bagi mengelak sebarang isu dalaman berlarutan sepanjang kempen PRN Melaka.

Katanya, perbezaan panda­ngan atau rasa tidak puas hati terhadap pemilihan calon merupakan perkara biasa setiap kali pilihan raya tetapi perkara itu tidak seharusnya menjejaskan gerak kerja parti.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini