Program Gelombang Biru di 28 DUN malam ini - Utusan Malaysia

Program Gelombang Biru di 28 DUN malam ini

ZULKIFLI Ismail (tengah) bercakap dalam sidang akhbar bersama pemimpin PN di Semabok, Melaka hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program Gelombang Biru yang digerakkan di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) malam ini, menjadi antara usaha Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk memperkukuh sokongan terhadap Muafakat Melaka menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail berkata, program itu diharap dapat menghimpunkan rakyat dan pengundi bagi menunjukkan solidariti terhadap kerjasama BN dan PN.

“Malam ini kita ada program Gelombang Biru yang akan diadakan di semua 28 DUN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harap semua rakyat serta pengundi turun untuk menunjukkan solidariti dan sokongan kepada Muafakat Melaka ini. Penyatuan antara BN dan PN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama pemimpin PN di Semabok di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, beliau yakin momentum gerak kerja dan sokongan terhadap Muafakat Melaka akan terus meningkat berdasarkan perkembangan kempen sepanjang minggu lalu, selain penyelarasan jentera kedua-dua gabungan yang disifatkan berada pada tahap terbaik.

“Sepanjang seminggu kita berkempen dan sudah mendekati tarikh untuk kita mengundi, saya melihat momentum dari sudut gerak kerja adalah sangat baik.

“Penyelarasan di antara BN dan PN juga pada tahap yang terbaik.

“Insya-Allah, saya yakin bahawa dalam tempoh beberapa hari ini, kita akan melihat gerak kerja yang akan memastikan sokongan pengundi-pengundi ini pada tahap yang tertinggi kepada Muafakat Melaka,” katanya.

Beliau berkata, beberapa lagi program turut dirancang menjelang hari pengundian termasuk majlis munajat pada 12 November ini yang disusuli ceramah perdana pada sebelah malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini