Wei Chong-Kai Wun tempah slot separuh akhir Terbuka Korea

Wei Chong-Kai Wun tempah slot separuh akhir Terbuka Korea

Wei Chong-Kai Wun bakal bertemu beregu tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang menghuni ranking No. 7 dunia pada aksi suku akhir esok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Juara Terbuka Perancis, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum kemenangan dan menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Yeosu, Korea Selatan, hari ini.

Pasangan No. 9 dunia itu menewaskan beregu muda Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa 21-14, 26-24 dalam masa 36 minit pada suku akhir di Stadium Jinnnam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan yang diukir beregu No. 3 Malaysia itu bakal menemukan mereka dengan pasangan handalan tuan rumah yang menghuni ranking No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae di separuh akhir.

Berdasarkan rekod pertemuan, Wei Chong-Kai Wun tidak mempunyai pencapaian yang baik ke atas Won Ho-Seung Jae selepas tidak pernah menang dalam kesemua enam perlawanan sebelum ini.

Pertembungan, esok pada kejohanan yang memiliki status Super 500 itu menawarkan peluang buat Wei Chong-Kai Wun memecah ‘telur’ dan sekali gus memburu slot final buat kali kedua berturut-turut selepas Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, harapan untuk menyaksikan dua beregu lelaki Malaysia beraksi di separuh akhir tidak kesampaian setelah Chia Wei Jie-Teo Ee Yi gagal dalam misi mereka itu.

Gandingan profesional yang menghuni ranking ke-39 dunia tersebut tumpas di tangan pasangan No. 14 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 17-21, 18-21 dalam masa 39 minit.

Turut terkandas di suku akhir, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang terpaksa akur kepada pasangan No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 14-21, 18-21 dalam masa 32 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini