Kekurangan fizikal bukan penghalang Sidek berdikari - Utusan Malaysia

Kekurangan fizikal bukan penghalang Sidek berdikari

Pengusaha Kedai Cuci Motor, orang kurang upaya, Muhammad Sidek Osman menuruni tangga di rumahnya. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2026 – Dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) fizikal bukan penghalang buat Muhammad Sidek Osman, 28, untuk terus berdikari dan mencari rezeki melalui usaha sendiri.

Anak jati Kuala Lumpur itu kini mengusahakan perniagaan mencuci motosikal di Kampung Padang Balang, Sentul, yang beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Sebelum menceburi bidang perniagaan berkenaan, beliau pernah bekerja sebagai penghantar makanan selain mengusahakan bengkel motosikal. Pengalaman tersebut menjadi bekalan berharga dalam membina kemahiran serta mengukuhkan semangatnya untuk terus berdikari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Sidek, keterbatasan fizikal bukan alasan untuk menyerah kalah, sebaliknya menjadi pendorong untuk terus berusaha, bekerja keras dan mencari rezeki yang halal demi meneruskan kehidupan.

Muhammad Sidek Osman mengisi minyak ke motornya. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Pengusaha Kedai Cuci Motor, orang kurang upaya, Muhammad Sidek Osman membersihkan kedainya sebelum memulakan perniagaannya.
Pengusaha Kedai Cuci Motor, Muhammad Sidek Osman mencuci motor pelanggannya. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Pengusaha Kedai Cuci Motor, Muhammad Sidek Osman mencuci motor pelanggannya. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini