Tiba-tiba Saddiq mesej ‘saya cinta awak’- Bella Astillah - Utusan Malaysia

Tiba-tiba Saddiq mesej ‘saya cinta awak’- Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Astillah, bersyukur apabila suaminya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq masih bersikao romantis walaupun kini sudah mendirikan rumah tangga.

Kongsi Bella, suaminya itu selalu menunjukkan sisi romantis termasuklah mengirim mesej secara tiba-tiba kepadanya.

“Sebenarnya untuk saya, tiada perkara kecil di mata saya (Saddiq lakukan), walaupun kecil dia tetap besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terlalu banyak tapi saya kongsikan beberapa, contohnya secara rawak menghantar mesej.

“Tiada apa-apa perbualan tiba-tiba dapat ‘I love you’ (saya sayang awak),” katanya semasa bertugas ditemui sebuah radio tempatan pagi tadi.

Tambahnya, sikap Saddiq yang selalu membuka pintu untuknya masih lagi dilakukan sehingga hari ini.

“Alhamdulillah, insya-Allah sampai ke pintu syurga,” katanya lagi.

Terdahulu, Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini