Lelaki maut ditetak dengan parang - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditetak dengan parang

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, maklumat kejadian tetak itu diterima pada pukul 3.53 petang menerusi laporan oleh orang awam.

Katanya, mangsa berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan parah, dikejarkan ke Hospital Teluk Intan namun meninggal dunia di jabatan kecemasan hospital berkenaan ketika rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu termasuk pergerakan individu atau kenderaan mencurigakan di sekitar lokasi diminta tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-629 9222 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini