Sokongan undi Melayu mampu menangkan PN di Kesidang

Sokongan undi Melayu mampu menangkan PN di Kesidang

Albert Kok Boon Chang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) yakin mempunyai peluang besar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang sekiranya berjaya memperoleh sokongan lebih 70 hingga 80 peratus pengundi Melayu.

Calonnya daripada Parti Wawasan Negara (Wawasan), Albert Kok Boon Chang berkata, gerak kerja yang dilaksanakan sejak awal membolehkan PN mengenal pasti kekuatan serta peluang untuk meraih kemenangan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, meskipun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina sekitar 54 hingga 55 peratus keadaan tersebut tidak semestinya menjadi penghalang kepada peluang PN untuk menang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya kami sudah lama bergerak. Sebab itu, kami tahu kekuatan serta laluan yang ada untuk PN.

“Saya rasa, jika peratusan sokongan pengundi Melayu mencapai sasaran lebih 70 hingga 80 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang dengan selesa.

“Bagaimanapun, bagi saya yang penting adalah kami berusaha untuk menang dahulu, keputusan akhirnya terserah kepada rakyat.

“Walaupun kawasan ini mempunyai majoriti pengundi Cina sekitar 54 hingga 55 peratus, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai peluang.

“Pengundi Cina tidak semestinya menyokong calon daripada kaum mereka sendiri kerana keputusan bergantung kepada sentimen masing-ma­sing. Saya percaya rakyat, termasuk golongan muda, bijak berfikir dan membuat penilaian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Albert Kok berkata, pilihan raya tidak seharusnya dilihat sebagai persaingan antara kaum sebaliknya keputusan pengundi banyak dipengaruhi cara mereka menilai keadaan serta perkembangan di kawasan masing-masing.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini