Kecualikan syarat penempatan pekerja Thai di Kelantan

Kecualikan syarat penempatan pekerja Thai di Kelantan

NIK HASSAN MOHD, ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Restoran Me­layu Kelantan (Permeka) meng­gesa kerajaan agar me­ngecualikan penempatan kepada pekerja asing (Thailand) dan bayaran pengurangan permit kepada setiap kerja yang melibatkan restoran.

Penasihat Permeka, Nik Hassan Mohd. Zain berkata, kos penyediaan penginapan memerlukan sejumlah kos termasuk mendapat kebenaran iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) selain Sijil Kelayakan (CF).

Katanya, memandangkan kos bahan mentah dan ekonomi yang semakin meningkat, semua pengusaha perlu mengambil kira kepentingan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, saya berharap kerajaan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan mengenai pekerja asing dengan mempertimbang untuk mengecualikan penempatan kepada pekerja asing dan bayaran pengurangan permit kepada setiap pekerja daripada RM1,800 kepada RM1,000.

“Lagi pun tidak wajar apabila pendapatan tahunan sekitar RM5 juta ke bawah setahun dikenakan syarat tersebut,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Majikan Pengusaha Kedai Makan Thai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri di sini, semalam.

Nik Hassan berkata, selain itu lebih 50 peratus pengusaha restoran yang menutup premis di negeri ini berikutan kos sara hidup meningkat dan pelanggan kurang.

Katanya, malah ada antara peniaga terpaksa menjual pera­latan memasak atau sebagainya untuk menampung kewangan bagi tujuan lain.

“Di negeri ini lebih kurang 100 ahli (peniaga) yang berdaftar dengan persatuan. Malah kebanyakan rumah di negeri ini jenis kampung dan macam mana majikan nak sediakan penempatan baharu dengan mengikut syarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini