Petronas, rakan JV perkukuh pembangunan medan gas

Petronas, rakan JV perkukuh pembangunan medan gas di luar pesisir Sarawak

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memeterai beberapa perjanjian farm-out (FOA) bersama rakan usaha sama (JV) bagi menyokong pembangunan bersepadu sumber gas di medan Lang Lebah SK410B dan B14, luar pesisir Sarawak.

Perjanjian tersebut dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali),.

Perjanjian itu dimeterai bersama TotalEnergies, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC) dan PTTEP, dengan TotalEnergies bakal mengambil alih peranan sebagai pengendali bagi kedua-dua medan berkenaan selepas penyempurnaan urusan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Petronas berkata, pendekatan pembangunan bersepadu itu bertujuan meningkatkan penyelarasan operasi antara kedua-dua medan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) SK410B dan PSC B14.

Katanya, penyelarasan berkenaan dijangka mengoptimumkan perancangan infrastruktur, pembangunan kemudahan serta pengkomersialan sumber gas, selain meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek dan penciptaan nilai jangka panjang untuk Sarawak serta Malaysia.

“Perjanjian FOA itu merupakan pencapaian penting dalam merealisasikan nilai sumber gas di medan Lang Lebah SK410B dan B14.

“Dengan penyelarasan tanggungjawab pengendali serta perancangan pembangunan bagi kedua-dua PSC, pihak usaha sama berada pada kedudukan lebih baik untuk mengoptimumkan sumber, meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan mempercepat penyampaian projek,” katanya dalam kenyataan.

Selepas penyempurnaan perjanjian berkenaan, pegangan kepentingan dalam setiap PSC akan terdiri daripada TotalEnergies sebanyak 30 peratus selaku pengendali, PTTEP (25 peratus), KUFPEC (25 peratus) dan Petronas Carigali (20 peratus).

Bagaimanapun, penyempurnaan FOA itu masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawal selia berkaitan.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan berlangsung pada 1 November 2026 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sempena Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2026.

Petronas berkata, kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen berterusannya untuk membangunkan sumber gas negara secara bertanggungjawab, di samping memperkukuh jaminan bekalan tenaga jangka panjang serta mewujudkan nilai mampan kepada industri tenaga Malaysia dan pihak berkepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini