Trump hubungi Netanyahu bincang perang Iran - Utusan Malaysia

Trump hubungi Netanyahu bincang perang Iran

DONALD Trump membincangkan tentang Iran dengan Benjamin Netanyahu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi membincangkan bila dan sama ada operasi ketenteraan terhadap Iran perlu dipertingkatkan, lapor media AS pada Ahad.

Axios memetik seorang pegawai AS dan seorang pegawai Israel sebagai berkata, kedua-dua pemimpin itu membincangkan perkembangan rundingan dengan Republik Islam Iran pada Sabtu.

Netanyahu dilaporkan mendesak Trump melancarkan serangan ke atas Iran sejurus selepas pilihan raya pertengahan penggal AS yang bermula Selasa, manakala Trump mahu memberi peluang kepada rundingan untuk diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber Israel menyifatkan perbualan itu sebagai tegang, manakala sumber AS menggambarkannya sebagai terus terang, menurut Axios.

Sepanjang perang selama lapan bulan itu, Trump mengambil pendekatan dua hala terhadap Teheran menerusi kempen serangan udara dan serangan lain.

Beliau turut berusaha mencapai perjanjian bagi membuka laluan kepada rundingan damai dan memastikan Selat Hormuz dibuka sepenuhnya untuk laluan penting penghantaran minyak serta gas.

Pada Sabtu, Trump memberitahu wartawan bahawa rundingan dengan Iran bagi menamatkan perang berjalan lancar, selain menyatakan masih terdapat satu atau dua sasaran yang perlu diselesaikan.

Beliau turut menegaskan Washington tidak tergesa-gesa melancarkan tindakan ketenteraan ofensif kerana tentera dan program nuklear Iran sudah pun dilumpuhkan dengan teruk.

Perbualan Trump-Netanyahu itu berlangsung selepas Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei mendedahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima surat daripada Naib Presiden AS, JD Vance, yang berusaha menghidupkan semula rundingan yang terhenti.

Dalam satu lagi petunjuk bahawa pihak pengantara mahu rundingan disambung semula, satu delegasi Qatar tiba di Teheran pada Jumaat untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran, lapor media kerajaan.

Trump berdepan tekanan politik yang hebat berhubung perang di Asia Barat itu, dengan pengundi AS bakal menghadapi pilihan raya pertengahan penggal semakin berang susulan kenaikan harga petrol dan kos sara hidup lain, sekali gus berpotensi meluahkan kemarahan mereka menerusi peti undi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini