Lapan orang maut akibat serangan Israel di Gaza - Utusan Malaysia

Lapan orang maut akibat serangan Israel di Gaza

SEORANG wanita mencari barangan selepas sebuah kediaman musnah di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan lapan orang termasuk seorang kanak-kanak pada Ahad, menurut perkhidmatan kecemasan dan hospital tempatan.

Lima orang terbunuh di Khan Yunis manakala tiga lagi di Bandar Gaza, menurut kenyataan perkhidmatan pertahanan awam wilayah itu yang beroperasi di bawah pentadbiran pergerakan Hamas.

Hospital tempatan berkata, pihaknya menerima jenazah mangsa dan beberapa individu yang cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat penjajah menyasarkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas di Khan Yunis, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasan, tentera Israel memberitahu AFP bahawa pihaknya menyasarkan seorang pejuang di selatan Gaza dan beberapa lagi di bahagian utara.

Tentera Israel turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti hasil serangan berkenaan.

Serangan ketenteraan Israel di Gaza berlaku sejak Hamas menyerang selatan negara haram itu pada 7 Oktober 2023 menyebabkan sebahagian besar wilayah tersebut musnah.

Gaza yang menjadi sasaran serangan Israel telah mengorbankan lebih 74,500 orang, menurut kementerian kesihatan di wilayah itu.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada Oktober 2025, tetapi lebih 1,500 orang terbunuh di Gaza sejak tempoh itu. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini