79 calon bertanding rebut 28 kerusi DUN Melaka

79 calon bertanding rebut 28 kerusi DUN Melaka

PENGERUSI Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Barisan Nasional DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh ke pusat penamaan calon, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH bertanding di 24 kerusi, manakala BN di 23 kerusi. Sementara itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) bertanding di 16, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (7), Perikatan Nasional (PN)(5), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)(1) dan Bebas (3).

Seramai 79 calon disahkan bertanding dengan 11 DUN me­nyaksikan pertandingan dua penjuru, 11 DUN tiga penjuru dan enam DUN empat penjuru.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 689,97 pengundi bakal memilih pada 14 November ini dan pengundian awal 10 November. Mereka terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, manakala 9,769 pengundi merupakan anggota tentera dan pasangan, serta 2,792 anggota polis.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesemua 79 kertas penamaan calon yang diterima disahkan layak bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi semalam.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) mencatatkan jumlah calon tertinggi dengan 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 23 calon.

“Seramai 16 calon daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama), tujuh calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lima calon Perikatan Nasional (PN), seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan tiga calon Bebas turut disahkan bertanding.

“Jumlah keseluruhan calon yang disahkan bertanding ialah 79 orang,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Menurutnya, daripada keseluruhan kerusi yang dipertan­dingkan, sebanyak 11 kerusi menyaksikan pertandingan dua penjuru, manakala 11 lagi membabitkan pertandingan tiga penjuru.

“Enam kerusi pula menyaksikan pertandingan empat penjuru,” katanya.

Ramlan berkata, calon tertua ialah Mohamad Jaafar daripada PH di kerusi DUN Telok Mas, berusia 66 tahun, sementara calon termuda, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah juga PH yang bertanding di DUN Kuala Linggi, berusia 24 tahun. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini