Kerajaan perhalusi cadangan lancar pelan induk JS-SEZ di Ipoh, Disember ini - Utusan Malaysia

Kerajaan perhalusi cadangan lancar pelan induk JS-SEZ di Ipoh, Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk melancarkan pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JS-SEZ) di Ipoh, Perak pada 4 Disember depan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kemungkinan itu susulan penganjuran Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di negeri berkenaan, tidak lama lagi.

“Pelancaran pelan induk dan pelan tindakan JS-SEZ itu akan disempurnakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara itu sedang diperhalusi ketika ini, kita akan muktamadkan dari segi lokasi kerana dari segi ‘Annual Leaders’ Retreat’ tahun ini dijangka akan diadakan di Ipoh. Jadi sama ada pelancaran itu akan diadakan di sana atau tidak, tetapi yang dipersetujui majlis itu akan disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Parlimen Johor Bahru serta inisiatif baik pulih Rumah Pangsa Serantau Baru, Larkin, di sini hari ini.

Tambah Akmal Nasrullah, pihaknya akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura Isnin depan bagi terus membincangkan berhubung pelaksanaan JS-SEZ yang merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi negara.

“Kunjungan itu akan menjadi sejarah kerana ia merupakan platform pertama perbincangan dibuat selepas rombakan sebagai Johor Singapore Cooperation Ministerial Committee (JSCMC).

“Saya dan rakan sejawat dari Singapura akan mempengerusikan mesyuarat itu secara bersama. Mesyuarat tersebut juga akan dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mewakili kerajaan negeri Johor,” katanya.

Menurut beliau, tujuan mesyuarat itu adalah untuk memastikan momentum kemajuan program ekonomi rentas sempadan itu terus berada di landasan tepat demi kesejahteraan rakyat di kedua-dua belah pihak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini