Anwar arah Kementerian Pengangkutan segera selesaikan isu kesesakan tren - Utusan Malaysia

Anwar arah Kementerian Pengangkutan segera selesaikan isu kesesakan tren

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya segera menyelesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren yang menjejaskan rutin harian rakyat.

Perdana Menteri turut meminta Rapid KL supaya memberikan perhatian serius terhadap masalah berkenaan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Perkara itu susulan rungutan seorang pengguna media sosial, siti.anisahj berhubung kesesakan di stesen tren yang dikongsikan menerusi platform Threads, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerap kali terjadi (isu kesesakan perkhidmatan tren) dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak. Kita mesti lebih peka dan bertindak,” katanya menerusi maklum balas di Threads malam tadi.

Terdahulu, siti.anisahj menerusi hantarannya memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan sesak dialami pengguna perkhidmatan tren terutama di ibu kota setiap hari.

“Assalamualaikum @anwaribrahim_my. Nak minta gerabak tren lebih sikit boleh?. Hari-hari begini ‘drive jem’ (orang ramai akan berdepan kesesakan lalu lintas jika memandu kenderaan peribadi ke pejabat), naik tren ‘full’ (sesak dan padat),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini