Dolla gegarkan Paris dalam debut Eropah - Utusan Malaysia

Dolla gegarkan Paris dalam debut Eropah

Dolla Paris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kumpulan pop wanita, DOLLA mencipta sejarah apabila membuat penampilan sulung di Eropah menerusi The A Music Festival di Paris Event Centre, Perancis, pada 24 Oktober lalu.

Persembahan itu menyaksikan DOLLA menghiburkan kira-kira 2,000 penonton, termasuk peminat dari Perancis, United Kingdom, Jerman dan Itali.

DOLLA mempersembahkan 12 lagu termasuk UGLY, Impikan, Bad dan lagu yang belum dilancarkan, All Over You. Mereka turut berkolaborasi dengan Tobii menerusi lagu Bad Girls Like You.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggota DOLLA, Angel menyifatkan peluang membuat persembahan di pentas Eropah sebagai pencapaian besar selepas enam tahun berusaha dalam industri muzik.

Sementara itu, Sabronzo berkata, sambutan mesra dan sokongan penonton memberikan pengalaman bermakna buat kumpulan itu, manakala Tabby berbangga dengan persiapan rapi yang dilakukan bersama pasukan mereka.

Selain membuat persembahan, DOLLA turut mengadakan sesi bertemu peminat di Trocadéro, bertemu wakil Kedutaan Malaysia serta bekerjasama dengan kumpulan tarian di Paris.

Debut itu membuka peluang baharu buat DOLLA untuk mengembangkan muzik mereka ke pasaran Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini